Dalam kehidupan seharian, kita sentiasa dapat merasakan pelbagai rasa makanan atau minuman. |
Setiap hari ketika kita makan, kita merasakan pelbagai rasa makanan. Ada yang manis, masin, pahit, pedas dan sebagainya. Pada pendapat anda, mengapakah terdapat pelbagai rasa makanan ini?
SIFAT KIMIA BAHAN
Mengapakah terdapat pelbagai rasa makanan?
- Makanan terdapat pelbagai rasa kerana SIFAT KIMIA yang terkandung di dalamnya.
- Lidah adalah organ manusia untuk merasa.
- Ia diliputi oleh tunas rasa untuk membolehkannya merasa pelbagai rasa makanan.
- Lidah terbahagi kepada beberapa bahagian yang peka kepada rasanya yang tersendiri.
- 4 rasa makanan yang utama iaitu masin, manis, pahit dan masam.
- Makanan juga boleh berasa pedas atau tawar kerana rasa ini boleh merangsang tunas rasa.
Diambil daripada Forum Mari Belajar (FMB) |
ASID, ALKALI & NEUTRAL
- Semua makanan boleh dikatakan bersifat berasid, beralkali atau neutral.
- Sifat ini boleh ditentukan dengan menggunakan kertas litmus merah atau biru.
- Bahan berasid menukar kertas litmus biru ke merah.
- Bahan beralkali menukar kertas litmus merah ke biru.
- Bahan neutral tidak mengubah warna kertas litmus merah atau biru.
Diambil daripada Forum Mari Belajar (FMB) |
SIFAT ASID, ALKALI & NEUTRAL
Asid
- masam
- contoh seperti limau, cuka, mangga, nanas, air bateri kereta dsb.
- pahit, licin, berlendir
- contoh seperti ubat, sabun, peria, kopi, ubat gigi dsb.
- tawar
- contoh seperti tepung, nasi, air masak,dsb.
CARA MENGINGAT
Teknik SAMBAL |
SAMBAL
SA adalah asid (baca terbalik)
AL adalah alkali
M adalah merah
B adalah biru
Apabila kertas litmus merah bertukar ke biru, ia bermakna alkali (perhatikan anak panah).
Apabila kertas litmus biru bertukar ke merah, ia bermakna asid (perhatikan anak panah)
* Bermakna hanya perlu ingat perkataan SAMBAL untuk mengingat perubahan ini.
Bahan berasid |
Bahan beralkali |
Bahan neutral |
REAKSI MUKA
Semua pasti pernah merasa bagaimana masam atau pahitnya sesuatu makanan atau minuman itu. Memekan muka berikut menunjukkan reaksi kita terhadap makanan/minuman masam dan pahit.
Selamat belajar...
Rancangan Pengajaran Harian
Tema : Menyiasat Alam Bahan
Tajuk : Asid dan alkali
Tempoh : 60 minitTahun : Lima
Objektif Pembelajaran : Memahami sifat-sifat bahan berasid, beralkali
danneutral
Hasil Pembelajaran :Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid-murid
dapat :
mengenal pasti bahanberasid, beralkali dan neutral menggunakan kertas
litmus.
Pendekatan / Kaedah / Strategi : Inkuiri-penemuan, Eksperimen
Fasa (Masa)
|
Aktiviti
Pengajaran dan pembelajaran
|
Catatan
|
Set Induksi
(5 Minit)
|
1.. Murid meneka objek yang terdapat dalamkotak
misteri.
2. Murid diberikan beberapa klu sebagai bantuan.
Contoh
objek:
Sebotol
air mineral, buah limau, setin air berkarbonat,
syampu dan sepapan pil panadol.
3. Guru memperkenalkan tajuk pelajaran
|
BBB: Sebotol air mineral,buah limau, setin air berkarbonat, syampu dansepapan pil panadol.KPS: Meramal
|
Pencetus Idea
(10 minit)
|
1. Murid
diminta mengelaskan rasa bahan-bahan kepada masam, pahit dan tawar dalam carta yang dilekatkan di papan tulis.
2. Murid dan guru berbincang carta yang telahdilengkapkan.
3. Murid
ditunjukkan kertas litmus dankegunaannya oleh guru
|
BBB: Carta
KPS : Mengelas
|
Penstrukturan semula idea
(30 minit)
|
1.Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberikan bahan-bahanuntuk diuji dengan menggunakan
kertaslitmus.Contoh bahan:
J us
limau, asam jawa, air sabun, syampu,air mineral, larutan garam, ubat gigi
danlarutan gula.
3. Murid menjalankan eksperimen denganbimbingan guru.
4. Murid merekodkan hasil pemerhatian dalamborang yang diberikan
|
BBB:
J us
limau, asam jawa, air sabun, syampu,air
mineral, larutan garam,ubat gigi, larutan gulakertas litmus merah
danbiru dan borang pemerhatian.
KPS: Mengeksperimen,Memerhati
|
Pengaplikasian idea
(10 minit)
|
Setiap kumpulan membentang hasileksperimen masing-masing.2. Murid
dibimbing oleh guru mengelaskanbahan kepada bahan berasid, beralkali
danneutral hasil daripada keputusaneksperimen.
- Kertas
litmus biru menjadi merah ialahasid.
- Kertas
litmus merah menjadi biru ialahalkali.
- Kedua-dua kertas litmus tidak
bertukar warna ialah
neutral.
|
KPS : Mengelas
|
Refleksi (5 minit)
|
1. Murid melengkapkan lembaran kerja yang diedarkan.
|
BBB : Lembaran kerja
|