Tuesday 15 May 2012

Asid & Alkali

Dalam kehidupan seharian, kita sentiasa dapat merasakan pelbagai rasa makanan atau minuman.
PELBAGAI RASA MAKANAN


Setiap hari ketika kita makan, kita merasakan pelbagai rasa makanan. Ada yang manis, masin, pahit, pedas dan sebagainya. Pada pendapat anda, mengapakah terdapat pelbagai rasa makanan ini?

SIFAT KIMIA BAHAN
 
Mengapakah terdapat pelbagai rasa makanan?
  • Makanan terdapat pelbagai rasa kerana SIFAT KIMIA yang terkandung di dalamnya.
  • Lidah adalah organ manusia untuk merasa.
  • Ia diliputi oleh tunas rasa untuk membolehkannya merasa pelbagai rasa makanan.
  • Lidah terbahagi kepada beberapa bahagian yang peka kepada rasanya yang tersendiri.
  • 4 rasa makanan yang utama iaitu masin, manis, pahit dan masam.
  • Makanan juga boleh berasa pedas atau tawar kerana rasa ini boleh merangsang tunas rasa.
Diambil daripada Forum Mari Belajar (FMB)


ASID, ALKALI & NEUTRAL
  • Semua makanan boleh dikatakan bersifat berasid, beralkali atau neutral.
  • Sifat ini boleh ditentukan dengan menggunakan kertas litmus merah atau biru.

  • Bahan berasid menukar kertas litmus biru ke merah.
  • Bahan beralkali menukar kertas litmus merah ke biru.
  • Bahan neutral tidak mengubah warna kertas litmus merah atau biru.
Diambil daripada Forum Mari Belajar (FMB)


SIFAT ASID, ALKALI & NEUTRAL

Asid
  • masam
  • contoh seperti limau, cuka, mangga, nanas, air bateri kereta dsb.
Alkali
  • pahit, licin, berlendir
  • contoh seperti ubat, sabun, peria, kopi, ubat gigi dsb.
Neutral
  • tawar
  • contoh seperti tepung, nasi, air masak,dsb.

CARA MENGINGAT

Teknik SAMBAL
Terdapat 1 teknik bagaimana mengingat tentang perubahan kertas litmus apabila didedahkan kepada bahan-bahan yang berlainan. Perhatikan gambar di atas.

SAMBAL
SA adalah asid (baca terbalik)
AL adalah alkali
M adalah merah
B adalah biru

Apabila kertas litmus merah bertukar ke biru, ia bermakna alkali (perhatikan anak panah).
Apabila kertas litmus biru bertukar ke merah, ia bermakna asid (perhatikan anak panah)
* Bermakna hanya perlu ingat perkataan SAMBAL untuk mengingat perubahan ini.

Bahan berasid
Bahan beralkali
Bahan neutral


REAKSI MUKA

Semua pasti pernah merasa bagaimana masam atau pahitnya sesuatu makanan atau minuman itu. Memekan muka berikut menunjukkan reaksi kita terhadap makanan/minuman masam dan pahit.


Selamat belajar...


 Rancangan Pengajaran Harian

 
Tema       : Menyiasat Alam Bahan
Tajuk       : Asid dan alkali
Tempoh : 60 minitTahun : Lima
Objektif Pembelajaran : Memahami sifat-sifat bahan berasid, beralkali danneutral
Hasil Pembelajaran :Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid-murid dapat :
                                      mengenal pasti bahanberasid, beralkali dan neutral menggunakan kertas  
                                      litmus.
Pendekatan / Kaedah / Strategi : Inkuiri-penemuan, Eksperimen
Fasa (Masa)
Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(5 Minit)
1.. Murid meneka objek yang terdapat dalamkotak  
    misteri.
2. Murid diberikan beberapa klu sebagai bantuan.
Contoh objek:
Sebotol air mineral, buah limau, setin air berkarbonat, syampu dan sepapan pil  panadol.
 3. Guru memperkenalkan tajuk pelajaran
BBB: Sebotol air mineral,buah limau, setin air berkarbonat, syampu dansepapan pil panadol.KPS: Meramal
Pencetus Idea
(10 minit)
1. Murid diminta mengelaskan rasa bahan-bahan kepada masam, pahit dan tawar dalam carta yang dilekatkan di papan tulis.
2. Murid dan guru berbincang carta yang telahdilengkapkan.
3. Murid ditunjukkan kertas litmus dankegunaannya oleh guru
BBB: Carta
KPS : Mengelas
Penstrukturan semula idea
(30 minit)
1.Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberikan bahan-bahanuntuk diuji dengan menggunakan kertaslitmus.Contoh bahan:
J us limau, asam jawa, air sabun, syampu,air mineral, larutan garam, ubat gigi danlarutan gula.
3. Murid menjalankan eksperimen denganbimbingan guru.
4. Murid merekodkan hasil pemerhatian dalamborang yang diberikan
BBB:
J us limau, asam jawa, air sabun, syampu,air mineral, larutan garam,ubat gigi, larutan gulakertas litmus merah danbiru dan borang  pemerhatian.
KPS: Mengeksperimen,Memerhati

Pengaplikasian idea
(10 minit)
Setiap kumpulan membentang hasileksperimen masing-masing.2. Murid dibimbing oleh guru mengelaskanbahan kepada bahan berasid, beralkali danneutral hasil daripada keputusaneksperimen.
- Kertas litmus biru menjadi merah ialahasid.
- Kertas litmus merah menjadi biru ialahalkali.
- Kedua-dua kertas litmus tidak bertukar warna ialah
   neutral.
KPS : Mengelas
Refleksi (5 minit)
1. Murid melengkapkan lembaran kerja yang diedarkan.
BBB : Lembaran kerja